Friday, January 23, 2009

Khasiat Semulajadi daripada extrak Maca


Apakah Itu MACA - Lepidium Peruvianum Chacon

MACA adalah sejenis tumbuhan herba dan turut merupakan sejenis sayuran berakar krusiferus yang tumbuh pada ketinggian 12,500- 14,000 kaki dari aras laut di Banjaran Gunung Andes Plateau, Peru.

Kajian dan penyelidikan tentang tumbuhan ini telah diasaskan oleh Dr. Chacon, seorang doktor perubatan warga Peru. Daripada hasil kajiannya, DR. Chacon mendapati Maca adalah satu-satunya pokok yang boleh kekal di dalam keadaan begini dengan cuaca yang keterlaluan iaitu keadaan suhu panas sepanjang siang dan suhu yang amat sejuk pada waktu malam. Tanah di mana Maca tumbuh mengandungi jumlah garam galian yang amat tinggi dan ini menjadikan Maca kaya dengan nutrisi, asas asid amino dan asid lemak yang penting untuk sumber zat semua hidupan termasuk manusia.

Spesies Kentang
Tumbuhan ini tergolong di dalam spesis kentang. Warna kulitnya sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa yang manis. Di Peru, Maca digunakan dalam cara yang berbeza : mentah, bakar atau kering. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, kentang goreng dan minumam kesihatan dengan Maca. Di Eropah dan Utara Amerika , mereka menggunakan Maca dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan berkesan untuk merawat pelbagai penyakit, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun-tahun tanpa banyak kerosakan.

Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Ia merupakan satu makanan tinggi khasiat yang memiliki ciri-ciri perubatan. . Akar tumbuhan ini telah digunakan oleh kaum lelaki di Peru sejak berabad dan beribu tahun yang lalu untuk meningkatkan tenaga, libido dan tahap kesuburan badan. Sehingga sekarang masyarakat Peru menggunakannya sebagai sumber tenaga, seperti mana masyarakat di Amerika Selatan, Amerika Utara, Dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu merangsangkan libido lelaki dan wanita. Maca mempunyai banyak kesan positif. Maca merupakan 100% keluaran alam semula jadi. Tiada kesan-kesan sampingan dalam pengambilan Maca. Ia dikenali sebagai ubat di seluruh dunia kerana keupayaannya menyembuhkan pelbagai penyakit dengan berkesan dalam masa yag singkat.


Fungsi-Fungsi MACA

Meningkatkan Keupayaan Seks Lelaki & Wanita
Salah satu sebab hilang keupayaan seks bagi lelaki dan wanita adalah disebabkan oleh kekurangan asid amino dan kekurangan hormon. MACA menyediakan banyak asid amino penting serta MACA yang mengandungi phytohormone seperti alkoloids dan sterol dimana ia memberikan keseimbangan hormon seks kepada lelaki dan wanita.

Meningkatkan Kesuburan
MACA memberikan asid amino dan alkoloids yang tinggi di mana boleh merangsang sistem pembiakan lelaki dan wanita. Glucosinolates memberikan tenaga kepada sel sperma lelaki bagi meningkatkan aktiviti sel sperma, ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesuburan.

Perlonjakan Tenaga Dan Kecergasan
Glucosinolates dan fruktosa di dalam MACA membekalkan simpanan tenaga di dalam sel bagi meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan. Maca juga merangsang sistem saraf bagi meningkatkan kecergasan.Bahan-bahan ini dibebaskan ke badan perlahan-lahan dan memberi kesan yang berpanjangan.

Perlonjakan Keimunan
MACA merangsang pembentukan sel-sel darah merah dan mengukuhkan sistem imun. Garam galian dan asid-asid amino membantu untuk menguatkan sel-sel imun.

Meningkatkan Peredaran Kardiovaskular
Kandungan Di dalam maca menghalang pembekuan darah dan meningkatkan peredaran darah. Vitamin dan mineral seperti zink dan Vitamin C adalah antioksida yang berkuasa bagi mencegah arterosclerosis.

Mengawal Sindrom Prahaid Dan Menopause Dikalangan Wanita
Sindrom prahaid dan sindrom menopause dikalangan wanita-wanita disebabkan oleh ketidakseimbangan tahap hormon. MACA mengandungi phytohormones seperti sterol dan alkoloids bagi meningkatkan tahap penyelaras hormon wanita. Dengan demikian ia dapat mengurangkan simptom-simptom ketidakselesaan seperti hot flashes dan kekeringan vagina.

Oleh itu, secara ringkasnya:

Maca membantu anda untuk mengatasi masalah berikut:

· Masalah hormon

· Masalah kesuburan untuk lelaki dan wanita

· Ejakulasi dini

· Disfungsi Erektil

· Penurunan keinginan seksual

· Air kencing asid

· Kolesterol

· Masalah orgasme

· Simpton endropous dan menopous

· Gout

· Ketidakseimbangan haid

· Masalah prostat

· Masalah keletihan

· Sakit pinggang

· Sembelit

· Diabetis

· Tekanan darah tinggi

· Kulit sensitif

· Penjagaan muka

· Mencegah kanser

· Gangguan emosi

· Asma

· Menguruskan berat badan




-->
habitamos

-->

First posting in my Blog..hehe

Just trying to be a blogger
So, this page still under maintenance..
See u Soon...

To anybody who want to get much2 money, lets join extrememan with me
Be rich to change your future to a better life.

www.extrememan2u.com/MRYUSRIX@DKAYA


Free Music

Free Music



Free Music