Thursday, February 26, 2009

Siapa sangka....pelajar yang berkelulusan sijil mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan







Bacaan penuh dari Kosmo

HANYA berbekalkan pengajian di peringkat sijil, seorang gadis tidak menyangka kini beliau boleh mempunyai pendapatan sebanyak lima angka sebulan.

Selepas tamat belajar di Kolej Yayasan Melaka, gadis yang berasal dari Kulim, Kedah ini hanya bekerja sebagai kerani di syarikat swasta dengan pendapatan RM500 sebulan.

Tetapi Norsalina Bakar, 23, terpaksa berhempas pulas dengan pendapatan bulanan serendah itu bagi menyara ibu dan tiga adiknya yang masih bersekolah.

Bagi meningkatkan taraf hidup dan menyediakan rawatan untuk ibunya yang sering sakit, beliau terpaksa melakukan kerja sambilan dengan menjual produk minuman kesihatan melalui sebuah syarikat jualan langsung.

Dengan pendapatan yang diperoleh melebihi gaji tetap setiap bulan, Norsalina mengambil keputusan berhenti kerja dan menjual minuman kesihatan itu secara tetap.

"Mula-mula, saya takut juga nak jual produk kesihatan ini, takut jika ubat ini tidak betul, nanti pelanggan datang cari saya, tetapi saya sendiri mencuba dulu dan bagi ibu minum untuk melihat keberkesanannya.

"Selepas mencubanya, alhamdullilah segala masalah kesihatan yang saya alami seperti senggugut pulih dan beberapa masalah kesihatan ibu juga berkurangan.

"Selepas itu barulah saya berani jual produk itu," jelas anak sulung daripada empat beradik ini ketika ditemui Kosmo!.

Norsalina memberitahu, untuk memperkenalkan produk berkenaan dia akan mengedarkan risalah di sesuatu kawasan.

Mengakui ada sesetengah pelanggan yang memberi respons negatif suatu ketika dahulu, beliau bersyukur tiada pelanggan yang mengambil kesempatan terhadapnya. - SITI KAMILAH MUSTAPHA

Artikel asal dari Kosmo! Online

1 comment:

  1. MLM ni kalo wat btui2 kena pada caranya, mesti anda semua akn berjaya mcm kwn kita nie..
    Hanya diri anda mampu mengubah masa depan diri anda

    ReplyDelete